loader image
Skip to main content
  • Categories
    • All categories
    • KOMPETENSI BERFOKUS
    • DIGITAL / ICT
    • TERAS UMUM
  • Home
  • Courses
  • My Courses
Log in
Lupa kata laluan

Atau Log Masuk menggunakan Identity@USM

Sign up
Categories Collapse Expand
  • All categories
  • KOMPETENSI BERFOKUS
  • DIGITAL / ICT
  • TERAS UMUM
Home Courses My Courses
TRAINING 4 LIFE · Universiti Sains Malaysia

Privasi, Keselamatan & Terma Penggunaan

Maklumat penting untuk peserta tentang data peribadi, keselamatan akaun, pembayaran, kandungan pembelajaran dan penggunaan portal TRAINING 4 LIFE.

Privacy, Security & Terms of Use

Important participant information about personal data, account security, payments, learning content and the use of the TRAINING 4 LIFE portal.

Version: 4.0 Kemas kini: 12 Ogos 2026 Updated: 12 August 2026 Portal: training.usm.my
Pilih bahasa paparan. Kedua-dua versi disediakan dalam dokumen yang sama. Choose your display language. Both versions are provided in the same document.
Data andaYour data Digunakan bagi pendaftaran, pembelajaran, sijil, sokongan, transaksi dan keselamatan. Used for registration, learning, certificates, support, transactions and security.
PembayaranPayments Kursus berbayar menggunakan kemudahan pembayaran rasmi yang dibenarkan oleh USM. Paid courses use payment facilities officially authorised by USM.
Hak ciptaCopyright Akses kursus tidak memindahkan hak milik bahan pembelajaran kepada peserta. Course access does not transfer ownership of learning materials to participants.
KeselamatanSecurity Jangan kongsi kata laluan, OTP atau akses akaun anda. Do not share your password, OTP or account access.
Kandungan
Contents
1. Notis Privasi 2. Data Wajib & Pilihan 3. Hak Peserta 4. Keselamatan 5. Cookies & Moodle 6. Pembayaran 7. Maklumat Kursus & Transaksi 8. Terma Penggunaan 9. Hak Cipta & AI 10. Kandungan Peserta 11. Pihak Ketiga & Rentas Sempadan 12. Insiden Data 13. Pendaftaran 14. Hubungi Kami
1. Privacy Notice 2. Required & Optional Data 3. Participant Rights 4. Security 5. Cookies & Moodle 6. Payments 7. Course & Transaction Information 8. Terms of Use 9. Copyright & AI 10. Participant Content 11. Third Parties & Cross-Border 12. Data Incidents 13. Registration 14. Contact Us

Ringkasan: TRAINING 4 LIFE mengurus maklumat yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan pembelajaran, pendaftaran kursus, transaksi, rekod latihan dan keselamatan. Data peserta tidak dijual sebagai pangkalan data pemasaran.

Privasi

1. Notis Privasi

TRAINING 4 LIFE ialah portal pembelajaran dalam talian Universiti Sains Malaysia (USM) yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) Moodle. Portal ini dikendalikan bagi penyampaian latihan dan pembangunan profesional kepada peserta yang layak termasuk orang awam, pelajar, sektor swasta dan sektor awam.

Notis ini menerangkan bagaimana maklumat peribadi boleh dikumpul, digunakan, disimpan, dilindungi, dikongsi dan dilupuskan. Pemprosesan data hendaklah dilaksanakan selaras dengan keperluan perlindungan data yang terpakai di Malaysia serta polisi dan arahan rasmi USM yang berkuat kuasa.

Maklumat yang boleh diproses

KategoriContohTujuan utama
Identiti & profilNama, organisasi, jawatan, kategori peserta dan maklumat pengenalan apabila diperlukan.Pendaftaran, pengesahan dan rekod kursus.
HubunganE-mel dan nombor telefon.Notifikasi, sokongan dan komunikasi kursus.
AkaunNama pengguna, ID, peranan, status akaun dan log masuk.Pengesahan dan kawalan akses.
PembelajaranKursus, kemajuan, tugasan, kuiz, markah, completion dan sijil.Penyampaian pembelajaran dan rekod latihan.
TransaksiAmaun, status bayaran, nombor rujukan/resit dan ID pesanan.Pengesahan pembayaran, rekonsiliasi dan audit.
TeknikalAlamat IP, peranti, pelayar, masa akses, log ralat dan keselamatan.Operasi sistem, troubleshooting, audit dan keselamatan.
KomunikasiPertanyaan, aduan, tiket sokongan dan maklum balas.Sokongan peserta dan penambahbaikan perkhidmatan.

Tujuan pemprosesan

  • mewujudkan, mengesahkan dan mengurus akaun peserta;
  • mendaftarkan peserta ke kursus yang dipilih;
  • memberikan akses kepada video, aktiviti dan bahan pembelajaran;
  • merekod kemajuan, penilaian, completion dan sijil;
  • memproses atau mengesahkan transaksi;
  • menyediakan sokongan peserta dan komunikasi operasi;
  • menjalankan audit, rekonsiliasi dan pelaporan;
  • mengesan penyalahgunaan, penipuan atau ancaman keselamatan;
  • meningkatkan kestabilan, prestasi dan kebolehgunaan portal;
  • memenuhi keperluan undang-undang, rekod dan arahan rasmi yang berkaitan.

Sumber maklumat

Maklumat boleh diperoleh daripada anda sendiri, aktiviti anda dalam Moodle, rekod pentadbiran kursus, sistem pembayaran yang dibenarkan, log teknikal serta organisasi penaja/majikan bagi pendaftaran berkumpulan yang sah.

Pendedahan

Maklumat boleh diberikan secara terkawal kepada pegawai USM yang diberi kuasa, pengurus atau tenaga pengajar kursus, Jabatan Bendahari atau komponen pembayaran berkaitan, penyedia teknologi yang dilantikan, juruaudit/penasihat profesional serta pihak berkuasa apabila diwajibkan atau dibenarkan.

Penyimpanan

Maklumat disimpan selama yang munasabah untuk memenuhi tujuan asalnya, termasuk keperluan rekod latihan, sijil, transaksi, audit, keselamatan dan kewajipan Universiti. Selepas tidak lagi diperlukan, data boleh dipadam, dimusnahkan, dianonimkan atau diarkibkan mengikut jadual rekod dan prosedur yang diluluskan.

Pengumpulan Data

2. Data Wajib & Data Pilihan

Medan yang ditanda sebagai wajib dalam borang pendaftaran atau checkout perlu dilengkapkan untuk membolehkan permohonan, transaksi, pengesahan identiti, akses kursus atau sijil diproses. Jika maklumat wajib tidak diberikan, sesetengah fungsi atau pendaftaran mungkin tidak dapat diselesaikan.

Maklumat yang ditanda sebagai pilihan boleh ditinggalkan kosong tanpa menjejaskan akses kepada fungsi asas, kecuali dinyatakan sebaliknya bagi kursus tertentu.

Data sensitif atau maklumat tambahan hanya patut diminta apabila benar-benar diperlukan untuk tujuan kursus, transaksi atau kewajipan yang sah.

Hak Peserta

3. Hak & Pilihan Anda

Tertakluk kepada undang-undang, pengecualian dan keperluan rekod yang terpakai, anda boleh meminta akses kepada data tertentu, pembetulan maklumat yang tidak tepat, menarik balik persetujuan bagi pemprosesan tertentu yang berasaskan persetujuan, dan berhenti menerima pemasaran pilihan.

Jika hak pemindahan data terpakai kepada pemprosesan tertentu, permintaan pemindahan data boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal, keserasian format, pengesahan identiti dan keperluan undang-undang.

Sesetengah rekod mungkin perlu dikekalkan walaupun akaun tidak aktif, contohnya rekod transaksi, audit, sijil atau rekod latihan yang perlu disimpan.

Keselamatan

4. Keselamatan Akaun, Sistem & Data

TRAINING 4 LIFE menggunakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang munasabah berdasarkan risiko. Ini boleh termasuk HTTPS/TLS, kawalan akses berasaskan peranan, pengurusan akaun pentadbir, logging/audit, kemas kini keselamatan Moodle dan plugin, backup, pemulihan serta pemantauan aktiviti mencurigakan.

Tanggungjawab peserta

  • gunakan kata laluan yang kuat dan tidak berkongsi akaun;
  • log keluar apabila menggunakan peranti awam atau dikongsi;
  • jangan kongsi OTP, CVV/CVC atau kata laluan perbankan;
  • jangan cuba memintas kawalan akses atau menguji kelemahan sistem tanpa kebenaran;
  • laporkan aktiviti mencurigakan melalui saluran rasmi.

Tiada sistem dalam talian boleh dijamin bebas risiko sepenuhnya. Keselamatan juga bergantung kepada perlindungan akaun dan peranti peserta.

Moodle

5. Cookies, Sesi, Log & Analitik

Cookies atau teknologi seumpamanya boleh digunakan untuk fungsi penting seperti log masuk, pengurusan sesi, keselamatan dan tetapan pengguna. Moodle juga boleh merekod aktiviti seperti log masuk, akses kursus, tontonan aktiviti, penghantaran tugasan, percubaan kuiz dan tindakan pentadbiran.

Jika alat analitik tambahan atau cookies tidak penting digunakan, notis dan mekanisme pilihan akan disediakan apabila diperlukan. Cookies yang penting untuk keselamatan atau operasi mungkin diperlukan untuk portal berfungsi dengan betul.

Pembayaran

6. Pembayaran & USM ePayment

Bagi kursus berbayar, peserta boleh diarahkan ke kemudahan pembayaran rasmi yang dibenarkan oleh USM. TRAINING 4 LIFE boleh menerima status pembayaran, amaun, tarikh/masa, ID pesanan, nombor rujukan atau nombor resit untuk mengaktifkan akses dan mengurus rekonsiliasi.

Maklumat perbankan sensitif: TRAINING 4 LIFE tidak sepatutnya menyimpan nombor kad penuh, CVV/CVC, OTP atau kata laluan perbankan. Maklumat tersebut hendaklah dimasukkan hanya pada halaman pembayaran rasmi yang dibenarkan.

Bayaran balik, pembatalan, pertukaran peserta atau pemindahan kursus tertakluk kepada syarat program dan polisi kewangan USM yang berkuat kuasa. Syarat khusus hendaklah dipaparkan sebelum peserta menyelesaikan transaksi.

Transaksi Dalam Talian

7. Maklumat Kursus & Transaksi

Sebelum pembayaran atau pendaftaran berbayar diselesaikan, halaman kursus/checkout hendaklah memberi maklumat yang jelas dan tidak mengelirukan, termasuk setakat yang berkenaan:

  • nama penyedia/program dan maklumat hubungan rasmi;
  • nama dan penerangan kursus atau perkhidmatan;
  • harga penuh serta caj/cukai tambahan jika terpakai;
  • kaedah pembayaran;
  • cara dan masa akses kursus diberikan;
  • tempoh akses jika terhad;
  • syarat pembatalan, pertukaran dan bayaran balik;
  • kaedah untuk menyemak atau membetulkan maklumat sebelum transaksi;
  • pengesahan atau rekod transaksi selepas pembayaran.
Terma

8. Terma Penggunaan Portal

Dengan menggunakan TRAINING 4 LIFE, peserta bersetuju mematuhi terma penggunaan dan syarat khusus kursus yang berkaitan.

  • akaun adalah untuk individu yang didaftarkan;
  • maklumat pendaftaran hendaklah tepat;
  • akses kursus tertakluk kepada syarat dan tempoh yang dipaparkan;
  • perkongsian akaun atau kelayakan log masuk adalah dilarang;
  • bot, scraping, probing, malware, bypass paywall/DRM atau akses tanpa kebenaran adalah dilarang;
  • USM boleh menghadkan, menggantung atau menamatkan akses apabila terdapat penyalahgunaan, risiko keselamatan atau pelanggaran terma.
Harta Intelek

9. Hak Cipta, Lesen Penggunaan & AI

Kecuali dinyatakan sebaliknya, video, rakaman, slaid, grafik, ilustrasi, teks, audio, kuiz, penilaian, nota, bahan muat turun dan kandungan kursus adalah milik USM dan/atau pencipta, tenaga pengajar, pemilik hak atau pemberi lesen yang berkaitan.

Pendaftaran atau pembayaran memberikan hak akses terhad bagi tujuan pembelajaran dan tidak memindahkan pemilikan atau hak cipta kepada peserta.

Tanpa kebenaran bertulis, peserta tidak dibenarkan merakam skrin, menyalin, memuat turun secara tidak sah, menjual, mengedar, re-upload, menstrim semula, menerbitkan semula atau mengeksploitasi kandungan kursus.

Sebagai syarat akses kepada TRAINING 4 LIFE, kandungan kursus juga tidak boleh digunakan untuk membina dataset, melatih, memperkayakan atau menambah baik model AI, melakukan scraping berskala atau membina semula kursus tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak yang berkaitan.

Kandungan Peserta

10. Forum, Komen & Kandungan Dimuat Naik

Jika sesuatu kursus membenarkan forum, komen, chat, tugasan atau muat naik fail, peserta bertanggungjawab terhadap kandungan yang mereka serahkan.

Peserta tidak boleh memuat naik atau menerbitkan kandungan yang menyalahi undang-undang, melanggar hak cipta atau privasi, bersifat mengancam atau mengganggu, mengandungi malware, spam, penyamaran, pautan berbahaya atau bahan lain yang melanggar peraturan Universiti dan standard kandungan yang terpakai.

USM boleh memoderasi, menyembunyikan atau membuang kandungan serta mengambil tindakan terhadap akaun apabila diperlukan untuk keselamatan, pematuhan atau perlindungan pengguna.

Pihak Ketiga

11. Pemproses, Integrasi & Pemindahan Data Rentas Sempadan

TRAINING 4 LIFE mungkin menggunakan penyedia pihak ketiga bagi hosting, e-mel, video, persidangan web, analitik, sokongan atau pembayaran. Penyedia yang dilantikan hanya patut diberikan akses yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan masing-masing dan tertakluk kepada kawalan yang bersesuaian.

Jika data peribadi dipindahkan atau boleh diakses dari luar Malaysia, pemindahan tersebut hendaklah diurus mengikut keperluan perlindungan data rentas sempadan yang terpakai, termasuk langkah perlindungan, penilaian dan mekanisme undang-undang yang bersesuaian.

Pautan kepada laman atau perkhidmatan luar juga boleh tertakluk kepada notis privasi dan terma pihak tersebut.

Insiden

12. Insiden Keselamatan & Pelanggaran Data

Jika berlaku insiden yang melibatkan data peribadi, tindakan munasabah akan diambil untuk mengenal pasti skop, mengehadkan kesan, memulihkan perkhidmatan, menyimpan bukti berkaitan dan mengurangkan risiko berulang.

Jika kewajipan pemberitahuan pelanggaran data terpakai, pemberitahuan kepada pihak berkuasa dan/atau individu yang terjejas akan dibuat mengikut tahap risiko, tempoh dan keperluan undang-undang yang berkaitan.

Pendaftaran

13. Pengakuan Semasa Pendaftaran

Privasi Anda

TRAINING 4 LIFE mengumpul maklumat yang diperlukan untuk mengurus akaun, pendaftaran kursus, pembelajaran, transaksi dan sijil anda.

Checkbox wajib yang disyorkan:
Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Penggunaan serta mengakui Notis Privasi TRAINING 4 LIFE.

Persetujuan bagi e-mel pemasaran atau promosi pilihan hendaklah dibuat melalui checkbox berasingan yang tidak ditanda secara lalai dan tidak dijadikan syarat wajib untuk mengikuti kursus, kecuali komunikasi tersebut benar-benar diperlukan untuk penyampaian perkhidmatan.

Hubungi

14. Pertanyaan, Aduan & Permintaan Data

Untuk pertanyaan berhubung akaun, kursus, data peribadi, transaksi atau keselamatan, sila gunakan saluran rasmi TRAINING 4 LIFE / Pusat Transformasi Insan.

Pusat Transformasi Insan (PTi) Aras 1, Bangunan Canselori II
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: 04-653 6448 / 6454 / 6441
Portal: training.usm.my
Urusan Privasi / Keselamatan / Pembayaran Permintaan akan disalurkan kepada pegawai atau bahagian USM yang bertanggungjawab mengikut jenis urusan. Bagi transaksi, peserta juga boleh dirujuk kepada Jabatan Bendahari atau kemudahan pembayaran rasmi USM yang berkaitan.

Jangan sertakan kata laluan, OTP, CVV/CVC atau maklumat perbankan penuh dalam e-mel, forum atau borang sokongan.

Kemas Kini

15. Perubahan Polisi & Rangka Rujukan

Dokumen ini boleh dikemas kini bagi mencerminkan perubahan pada portal, teknologi, operasi, kursus, polisi Universiti atau keperluan undang-undang. Versi semasa dan tarikh kemas kini akan dipaparkan pada halaman ini.

Dokumen ini disediakan dengan mengambil kira prinsip dan kerangka Malaysia yang relevan kepada perlindungan data, transaksi elektronik, perlindungan pengguna, komunikasi/kandungan digital, hak cipta dan keselamatan siber, setakat yang terpakai kepada fungsi dan kedudukan undang-undang portal serta USM.

Jika terdapat percanggahan dengan undang-undang atau arahan rasmi USM yang berkuat kuasa, keperluan tersebut hendaklah diberi keutamaan setakat yang diperlukan.

Kandungan TRAINING 4 LIFE disediakan bagi tujuan pendidikan dan pembangunan kompetensi. Kandungan kursus tidak semestinya menggantikan nasihat profesional, teknikal, kewangan, undang-undang, perubatan atau bidang khusus lain.

Summary: TRAINING 4 LIFE manages information needed to provide learning services, course registration, transactions, training records and security. Participant databases are not sold for marketing purposes.

Privacy

1. Privacy Notice

TRAINING 4 LIFE is an online learning portal of Universiti Sains Malaysia (USM) using the Moodle Learning Management System (LMS). It supports training and professional development for eligible participants including members of the public, students, private-sector and public-sector participants.

This Notice explains how personal information may be collected, used, retained, protected, disclosed and disposed of. Personal data processing is intended to be managed in line with applicable Malaysian data-protection requirements and prevailing USM policies and official directions.

Information that may be processed

CategoryExamplesMain purpose
Identity & profileName, organisation, position, participant category and identification information where required.Registration, verification and course records.
ContactEmail address and phone number.Notifications, support and course communication.
AccountUsername, user ID, role, account status and login records.Authentication and access control.
Learning recordsCourses, progress, assignments, quizzes, grades, completion and certificates.Learning delivery and training records.
TransactionsAmount, payment status, reference/receipt number and order ID.Payment verification, reconciliation and audit.
TechnicalIP address, device, browser, access time, error and security logs.Operations, troubleshooting, audit and security.
CommunicationsEnquiries, complaints, support tickets and feedback.Participant support and service improvement.

Purposes of processing

  • to create, verify and manage participant accounts;
  • to enrol participants in selected courses;
  • to provide access to videos, activities and learning materials;
  • to record progress, assessment, completion and certificates;
  • to process or verify transactions;
  • to provide participant support and operational communications;
  • to conduct audit, reconciliation and reporting;
  • to detect abuse, fraud or security threats;
  • to improve portal stability, performance and usability;
  • to meet relevant legal, record-keeping and official requirements.

Sources

Information may come from you, your Moodle activity, course administration records, authorised payment systems, technical logs and, for legitimate group enrolments, a sponsoring organisation or employer.

Disclosure

Information may be disclosed on a controlled basis to authorised USM personnel, course managers or instructors, the Bursary or relevant payment components, appointed technology providers, professional auditors/advisers and authorities where required or permitted.

Retention

Information is retained for as long as reasonably necessary for its original purpose, including training records, certificates, transactions, audit, security and University obligations. When no longer required, data may be deleted, destroyed, anonymised or archived in accordance with approved records schedules and procedures.

Data Collection

2. Required & Optional Information

Fields marked as required during registration or checkout must be completed where necessary to process enrolment, payment, identity verification, course access or certification. If required information is not provided, certain services or enrolment steps may not be completed.

Optional information may generally be left blank without affecting core access unless otherwise stated for a particular course.

Your Rights

3. Participant Rights & Choices

Subject to applicable law, exemptions and record-keeping obligations, you may request access to certain personal data, correction of inaccurate information, withdrawal of consent for processing that specifically relies on consent, and opt out of optional marketing communications.

Where a data-portability right applies, a request may be considered subject to technical feasibility, format compatibility, identity verification and applicable legal requirements.

Security

4. Account, System & Data Security

TRAINING 4 LIFE uses reasonable technical and organisational safeguards based on risk. These may include HTTPS/TLS, role-based access controls, controlled administrator access, logs and audit trails, Moodle/plugin security updates, backups, recovery procedures and monitoring for suspicious activity.

Your responsibilities

  • use a strong password and do not share your account;
  • log out on public or shared devices;
  • never share OTPs, CVV/CVC codes or online banking passwords;
  • do not bypass access controls or test system vulnerabilities without authorisation;
  • report suspicious activity through official support channels.
Moodle

5. Cookies, Sessions, Logs & Analytics

Cookies or similar technologies may be used for essential functions such as login, session management, security and user settings. Moodle may also log actions including login, course access, activity views, assignment submissions, quiz attempts and administrative actions.

If additional analytics or non-essential cookies are introduced, appropriate notice and choice mechanisms will be provided where required.

Payment

6. Payments & USM ePayment

For paid courses, participants may be redirected to an official payment facility authorised by USM. TRAINING 4 LIFE may receive payment status, amount, date/time, order ID, reference number or receipt number to activate course access and manage reconciliation.

Sensitive payment credentials: TRAINING 4 LIFE should not retain full card numbers, CVV/CVC, OTPs or online banking passwords. Such information should only be entered on an authorised official payment page.

Refunds, cancellations, substitutions and course transfers are subject to the programme terms and applicable USM financial policies. Course-specific conditions should be displayed before payment is completed.

Online Transaction

7. Course & Transaction Information

Before a paid registration or payment is completed, the relevant course/checkout page should clearly provide, where applicable:

  • the programme/provider identity and official contact information;
  • course/service name and description;
  • full price and any applicable additional charges/taxes;
  • payment method;
  • how and when course access will be provided;
  • access duration where limited;
  • cancellation, substitution and refund conditions;
  • a method to review or correct information before completing the transaction;
  • transaction confirmation or record after payment.
Terms

8. Terms of Use

By using TRAINING 4 LIFE, participants agree to comply with these terms and any relevant course-specific conditions.

  • accounts are for the registered individual;
  • registration information must be accurate;
  • course access is subject to stated conditions and duration;
  • sharing accounts or login credentials is prohibited;
  • bots, scraping, probing, malware, bypassing paywalls/DRM and unauthorised access are prohibited;
  • USM may restrict, suspend or terminate access where abuse, security risk or breach of terms occurs.
Intellectual Property

9. Copyright, Licence of Use & AI

Unless otherwise stated, videos, recordings, slides, graphics, illustrations, text, audio, quizzes, assessments, notes, downloads and course content belong to USM and/or the relevant creator, instructor, rights holder or licensor.

Registration or payment grants limited access for learning purposes and does not transfer ownership or copyright.

Without written permission, participants may not screen-record, unlawfully download, copy, sell, distribute, re-upload, restream, republish or commercially exploit course content.

As a condition of access, course materials must not be used to build datasets, train, enrich or improve AI models, conduct large-scale scraping or reconstruct a course without written permission from the relevant rights holder.

Participant Content

10. Forums, Comments & Uploaded Content

Where a course enables forums, comments, chat, assignments or file uploads, participants are responsible for what they submit.

Participants must not upload or publish unlawful content, material that infringes copyright or privacy, threatening or harassing content, malware, spam, impersonation, harmful links or other material contrary to University rules and applicable content standards.

USM may moderate, hide or remove content and take action on accounts where reasonably required for safety, compliance or user protection.

Third Parties

11. Processors, Integrations & Cross-Border Transfers

TRAINING 4 LIFE may use third-party providers for hosting, email, video, web conferencing, analytics, support or payment services. Appointed providers should receive only the access needed to perform their services and be subject to appropriate controls.

If personal data is transferred to or accessible from outside Malaysia, the transfer should be managed in accordance with applicable cross-border data-protection requirements, including appropriate safeguards, assessments and lawful transfer mechanisms.

Incident

12. Security Incidents & Personal Data Breaches

If an incident involving personal data occurs, reasonable steps will be taken to identify its scope, contain impact, restore services, preserve relevant evidence and reduce recurrence risk.

Where data-breach notification obligations apply, notifications to the relevant authority and/or affected individuals will be made according to applicable risk thresholds, timeframes and legal requirements.

Registration

13. Registration Acknowledgement

Your Privacy

TRAINING 4 LIFE collects information needed to manage your account, course enrolment, learning activity, transactions and certificates.

Recommended required checkbox:
I confirm that I have read and agree to the Terms of Use and acknowledge the TRAINING 4 LIFE Privacy Notice.

Optional marketing or promotional consent should use a separate, unticked checkbox and should not be bundled with required course-registration acknowledgement unless the communication is necessary to provide the service.

Contact

14. Enquiries, Complaints & Data Requests

For enquiries concerning accounts, courses, personal data, transactions or security, please use the official TRAINING 4 LIFE / Pusat Transformasi Insan channels.

Pusat Transformasi Insan (PTi) Level 1, Chancellory Building II
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Penang, Malaysia
Tel: 04-653 6448 / 6454 / 6441
Portal: training.usm.my
Privacy / Security / Payment Matters Requests will be routed to the responsible USM officer or unit according to the nature of the matter. Transaction enquiries may also be referred to the Bursary or the relevant official USM payment facility.

Do not include passwords, OTPs, CVV/CVC codes or full banking credentials in email, forums or support forms.

Updates

15. Policy Updates & Reference Framework

This document may be updated to reflect changes to the portal, technology, operations, courses, University policies or applicable requirements. The current version and update date will be shown on this page.

This document has been prepared with regard to Malaysian frameworks relevant to personal data protection, electronic transactions, consumer protection, digital communications/content, copyright and cybersecurity, to the extent applicable to the portal's functions and USM's legal position.

If this document conflicts with applicable law or an official USM direction, the applicable requirement will prevail to the extent necessary.

TRAINING 4 LIFE content is provided for education and competency development. Course content does not necessarily replace professional, technical, financial, legal, medical or other specialist advice.
© 2026 Universiti Sains Malaysia · TRAINING 4 LIFE · Malaysia Compliance Version 4.0

Dasar Keselamatan & Privasi

Contact site support
You are not logged in. (Log in)
Data retention summary
Get the mobile app
Powered by Moodle

Subscribe to our Newsletter


About Us (School)
FAQ (classic)

Description of the image

PUSAT TRANSFORMASI INSAN
Aras 1, Bangunan E42 Canselori II
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang

Tel: 04 6536459 / 6440 / 6441

pti4@usm.my

Perkhidmatan Kami

Training '4' Life
e-MyCPD
Program Transformasi Minda
Program Eksekutif
Perkhidmatan Kami

Aras 1, Bangunan Canselori II,

Universiti Sains Malaysia

11800 USM, Pulau Pinang


Tel: 04 6536448/6454/6441

Pautan

Pusat Transformasi Insan
Dasar Keselamatan dan Privasi
Dokumen Terma Penggunaan
Pautan


Legal

Documentation
Privacy policy
Cookie policy
Security
Code of conduct
Legal

Pusat Transformasi Insan
Aras 1, Bangunan E42 Canselori II,
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang

Tel: 04 6536448 / 6454 / 6441

Training 4 Life © 2026. All rights reserved.