Program ini direka khas untuk pendedahan menyeluruh mengenai ancaman keselamatan digital yang kian meluas dalam persekitaran kerja dan kehidupan harian. Peserta akan didedahkan dengan taktik serangan siber terkini seperti phishing, malware, dan kejuruteraan sosial (social engineering). Kursus ini memberi tumpuan kepada amalan terbaik perlindungan data sensitif, privasi maklumat, serta pematuhan undang-undang siber di Malaysia. Melalui panduan praktikal ini, peserta dapat membina budaya kerja digital yang selamat dan berwaspada.