Kursus ini memfokuskan kepada teknik pemipetan (pipetting) yang tepat dan jitu bagi memastikan kebolehpercayaan hasil ujian makmal. Peserta akan mempelajari jenis-jenis pipet, termasuk mikropipet dan pipet volumetrik, serta prinsip penyenggaraan dan kalibrasi asas. Penekanan diberikan kepada kesilapan lazim yang mempengaruhi kejituan isipadu cecair dan ergonomik pengendalian. Program ini penting bagi meningkatkan kualiti analisis amali di makmal sains dan klinikal