Kursus ini merangkumi elemen penting pengurusan majlis rasmi dan bukan rasmi mengikut piawaian etika serta protokol kebangsaan di Malaysia. Peserta akan didedahkan dengan susunan keutamaan (order of precedence), panggilan hormat, susunan tempat duduk, dan pengurusan tetamu kehormat (VIP). Program ini amat sesuai untuk pegawai perhubungan awam, urus setia acara, dan pelajar yang mahu menganjurkan majlis secara teratur dan berprestij.