Kursus ini membekalkan kefahaman teori dan kemahiran praktikal dalam penyediaan serta penyukatan larutan piawai di makmal. Peserta akan mempelajari pengiraan kepekatan (molariti, normaliti, peratusan), penimbangan bahan kimia tulen, dan teknik pengenceran (dilution). Penguasaan modul ini membolehkan analisis kimia dijalankan dengan kejituan tinggi mengikut piawaian ujian berasaskan saintifik. Kursus ini sangat sesuai untuk staf kimia, penyelidik, dan pelajar sains.